#SHSA: The Use of Knowledge in Society. F. A. Hayek.
- Imran Rasid
- Sep 17, 2024
- 2 min read
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ (#๐๐๐๐):
The Use of Knowledge in Society. F. A. Hayek. The American Economic Review, Vol. 35, No. 4. (Sep., 1945), pp. 519-530.

Friedrich Hayek adalah nama besar dalam pemikiran ekonomi. Itu tak boleh disangkal. Tapi tahukah anda tulisan beliau, "The Use of Knowledge in Society", antara yang paling tersohor dan banyak dipetik (cited) dalam abad ke-21?
Kami membaca esei Hayek ini semester lepas dalam kuliah โComparative Political Economyโ, dan saya sendiri ditugaskan untuk menyediakan kritikan terperinci terhadap makalah ini.ย
Umumnya, Hayek melihat permasalahan dasar โsistem ekonomiโ adalah soal menguruskan maklumat dalam ekonomi. Sifat maklumat ekonomi, menurut Hayek, adalah โlocalโ (kau saja tahu apa yang kau nak), โdispersedโ (apa yang kau nak sukar untuk disampaikan di peringkat totalitas), dan โtacitโ (kehendak kau berubah-ubah).ย
Oleh sebab itu, โcentral board plannerโ tak boleh nak urus maklumat yang dinamik seperti ini. Susah sebab belum sempat nak kumpul maklumat, kehendak dalam pasaran dah berubah.
Hanya institusi pasaran (decentralised), menurut Hayek, yang boleh menguruskan maklumat ini.ย
Dan bukan sahaja pasaran, sistem โhargaโ juga adalah mekanisme terbaik untuk uruskan kekacauan kehendak dan kemahuan dalam pasaran. Tanpa sistem โhargaโ untuk menyediakan โsignalโ bagi perubahan dalam pasaran, maklumat ekonomi tidak akan dapat difahami.ย
Dalam maksud lain, sistem โhargaโ dalam pasaran adalah lingua francaย terbaik bagi mengkomunikasikan perubahan maklumat ekonomi.ย Sistem โhargaโ ini juga mirip idea โinvisible handโ oleh Adam Smith.ย
Idea Hayek ini menarik sebenarnya. Ringkas tetapi elegan. Tapi juga bermasalah. Pergerakan Pasaran tidak senang-senang menuruti sistem harga.ย
Konteks esei Hayek ini penting. Ianya dikarang semasa berlakunya โPerdebatan Pengiraan Sosialisโ (Socialist Calculation Debate) selepas Perang Dunia Pertama. โWar Economyโ ini dijadikan rujukan bagi kekuasaan โCentral Planningโ.
Perdebatan ini diteruskan oleh Otto Neurath, Ludwig Von Mises, kemudiannya Oscar R. Lange, dan juga Hayek. Pokok perdebatannya, adalah adalah dengan kira-kira yang canggih, ekonomi boleh diuruskan tanpa wang dan pasaran?
Kritikan Hayek yang berpijak pada masalah โsifatโ maklumat ekonomi menarik dan geng sosialis harus ambil perhatian yang sewajarnya. Tapi sandaran optimism beliau pada โpasaranโ sebagai solusi bermasalah juga.ย
โInformation Assymetryโ dalam pasaran sekarang adalah benda yang diterima umum dalam ekonomi. Maksudnya, jual beli dalam pasaran, melalui sistem harga, tidak semestinya menggambarkan keadaan kemahuan dalam pasaran.ย
Kajian George Akerlof's, "The Market for Lemons: Quality Uncertainty and the Market Mechanism" (1970), atau geng-geng terkemudian seperti Stiglitz, โInformation and Economic Analysis: A Perspective" (1982) banyak memerikan masalah โmaklumatโ walaupun dalam sistem harga pasaran.ย
Hayek juga menanggalkan unsur โpolitikโ dalam pasaran. Pasaran ini bukan ada โbuyersโ dan โsellersโ sahaja. Ada juga โmanipulatorsโ. Dan โBuyersโ and โSellersโ bukan ada kuasa pengaruh yang sama. Pemilik modal yang besar boleh saja manipulasi harga.
Lihat sahaja kajian Isabella Weber yang melihat fenomena โSellerโs Inflationโ (atau Greedflation) sewaktu Covid-19.ย
Harga naik sewaktu inflasi, antara pendorongnya, adalah sikap tamak haloba kelas kapitalis tertentu untuk ambil kesempatan naik harga tak tentu pasal dengan alasan tak cukup barang. Weber banyak bawa data-data dalam hal ini.ย
Menjadikan pasaran sebagai satu โfetishโ pun susah juga. Seolah-olah โpasaranโ ini ada magisnya sendiri (omnipresent force) yang boleh kawal hidup seharian adalah sejenis kultus pasaran.ย
Kita dah ada kultus nasional, kultus kaum, kultus macam2. Jadinya jangan jadi pentahyul kultus pasaran juga.


Comments