top of page

#SHSA: Notes Toward a More Global History of Capitalism: Reading Marx’s Capital in India and China”, Andrew T. Liu

  • Writer: Imran Rasid
    Imran Rasid
  • Sep 17, 2024
  • 2 min read

KONGSI SATU HARI SATU ARTIKEL (#SHSA):


“Notes Toward a More Global History of Capitalism: Reading Marx’s Capital in India and China”, Andrew T. Liu (Spectre Journal)





Dalam ipad saya ada satu fail untuk saya simpan artikel-artikel yang saya rasa harus dibaca berulang-ulang kali. Artikel ini antara salah satunya.


Penulisnya, Andrew T. Liu adalah seorang sejarawan di Universiti Villanova. Bukunya “Tea War: A History of Capitalism in China and India” (2020) membincangkan perkembangan sejarah kapitalisme melalui industri teh di kawasan Assam (India), dan Huizhou (China).


Di kedua-dua lokasi ini kapitalisme berkembang melalui “indentured labour”, dan bukannya “Free-Wage labour”.


Siapa yang ikut perkembangan wacana “Transitions of Capitalism” atau “Historiography of Capitalism” mesti tahu isu “free labour” vs “non-free labour” ini memang debat yang tak sudah-sudah.


Isunya begini. Sekiranya ada sistem ekonomi yang menjana keuntungan secara sistematik (M-C-M’), tapi ianya tidak menggunakan buruh bergaji, maka kita nak panggil dia “Kapitalisme” ke Tidak?

Kalau “kapitalisme” berangkat daripada hukum “Nilai” yang dieksploitasi melalui “Commodification of Labour”, bagaimana pula kita nak memahami sistem ekonomi yang “behave” macam kapitalis tapi pakai cara kerja “feudal”?


Buku Tea War oleh Andrew Liu, termasuk juga artikel ini, cuba menjawab persoalan ini.

Bacaan Liu tentang Marx mendatangkan bahawa dalam sistem kapitalisme global, kecenderungan “universalisation” hukum nilai (yang bergantung pada komodifikasi tenaga buruh) tidak berlaku secara sekata.


Sebaik sahaja “wage labour” dikomodifikasikan dan diserap masuk dalam kitaran pengumpulan kapital (cycle of capital accumulation) —- tenaga kerja dibeli untuk buat barang, untuk dijual dan kemudian untungnya diguna balik untuk beli tenaga kerja --- maka logika “nilai” mula beroperasi.

Dari sini rentak pasaran juga akan ikut logika “nilai” ini. Harga barang secara agregat akan ditentukan berdasarkan nilai agregat (sosial) tenaga buruh yang diperlukan untuk menghasilkannya. Hukum persaingan mula menebal. Dan kegiatan harian (budaya, politik, etc) turut dipengaruh dengan ragam pasaran seperti ini.


Kita dapat lihat fenomena ini apabila Revolusi Industri meledak di England atau Eropah Barat. Tapi, bagamaina pula dengan ceruk dunia yang lain?


Kata Liu “universalisation” logika kapitalisme ini tidak semestinya homogenus. Dunia dengan hubungan pengeluaran “non-kapitalis” diserap masuk ke dalam “Wage-labour driven global economy” — dan akhirnya turut ikut rentak persaingan kapitalisme.


Kebun Teh di Assam dan Huizhou menonjolkan ciri-ciri “market competition” dan “profit seeking enterprises” tanpa menggunakan buruh bergaji pun. Sebab itu, menurut Liu, Marx menggunakan istilah “specifically capitalist mode of production” dalam Capital, bagi membezakan formasi pengeluaran yang mengikut ragam pengeluaran buruh bergaji, dengan masyarakat “kapitalis” lain yang beroperasi dengan hubungan buruh yang “tidak kapitalis”.


Pandangan Liu ini dekat dengan perbincangan Jairus Banaji tentang “Mode of Production” (1977). Banaji melihat dua sisi “Mode of Productions” yang diguna pakai Marx; (a) “Labour Processses”(dieksploitasi melalui gaji atau tidak, etc); dan (b) “Law of Motion” (kitaran pengumpulan kapital). Kedua-duanya di peringkat “abstraction” yang berbeza.


Nak faham perkembangan Kapitalisme sedunia, harus sensitif dengan interaksi antara dua peringkat “mode of productions” ini.


Bentuk “konkrit” kapitalisme dalam satu-satu masyarakat tidak perlu sama, sebab perkembangannya tidak sekata dan ianya terkait antara satu sama lain di bawah suatu struktur yang lebih besar yang menaunginya.


Maksunya, nak tanya "Malaysia" ini kapitalis ke tidak tak perlu tengok "ada buruh bergaji atau tak" saja, tapi harus lihat bagaimana Malaysia diserap masuk ke dalam sistem kapitalisme global, dan bagaimana faktor "global" mempengaruhi struktur "domestik" dalam mengatur kelas dan membuat "profits".

Recent Posts

See All
Ramadan dan Memperingati Golongan yang Kebuluran

(Pautan asal di sini ) Kini sudah menjelang beberapa minggu kita menyambut bulan Ramadan (1444 Hijrah). Lazimnya, umat Islam pada waktu ini akan menumpukan kegiatan harian mereka dengan berpuasa dan b

 
 
 

Comments


bottom of page