#SHSA: Alami, I., & Dixon, A. D. (2020). State capitalism(s) redux? Theories, tensions, controversies.
- Imran Rasid
- Sep 17, 2024
- 2 min read
KONGSI SATU HARI SATU ARTIKEL (#SHSA)
Alami, I., & Dixon, A. D. (2020). State capitalism(s) redux? Theories, tensions, controversies. Competition & Change, 24(1), 70-94

Saya sebenarnya dalam proses merangka kajian PhD (baru fasa “survey”). Saya tertarik dengan perdebatan tentang “State Capitalism” yang kembali memuncul dalam ranah Ekonomi-Politik Antarabangsa (IPE) dan Geografi Ekonomi.
Istilah “State Capitalism” ini sendiri dah lama diguna pakai. Masalahnya, lain orang lain maksudnya. Sehinggakan istilah itu jadi kabur, dan hilang keupayaan analitikalnya.
Dalam perdebatan terkini, saya lebih cenderung dengan pendekatan Alami & Dixon. Baru-baru ini juga mereka baru terbitkan buku berjudul “The Spectre of State Capitalism” (2024). Bukunya “Open Access” dan boleh dimuat turun melalui pautan di ruang komen.
Makalah ini terbit lebih awal, dan ada beberapa dapatan:
Sejak krisis kewangan 2008, banyak “state” (negara) mula melibatkan diri secara agresif dalam ekonomi. Antaranya dalam bentuk Sovereign Wealth Fund (SWFs) dan State-Owned Enterprises (SOEs); jumlah kedua-dua semakin meningkat sekarang. Misalnya, sekarang ada sekitar 176 SWFs, iaitu enam kali ganda sejak 20 tahun yang lalu. SOE juga begitu. Pada tahun 2021, 132 SOEs ada dalam “Top 500” Syarikat terbesar dunia — walhal 20 tahun lalu hanya ada 32 SOEs saja.
Gejala ini menyebabkan ramai pengkaji melihat “the return of state capitalism under a new form”. Masalahnya, tidak ramai yang masih jelas apa sebenarnya yang mencirikan fenomena ini. Kenapa sekarang? Apa beza “state capitalism” yang dulunya dikaitkan dengan ekonomi dunia ketiga, dengan situasi sekarang yang melibatkan ekonomi maju dan yang masih membangun? Apa pula peranan “state” dalam fasa baru kapitalisme kali ini?
Fokus makalah ini dia nak “revisit” balik perbincangan “State Capitalisme” dalam tiga bidang kajian; (a) strategic management and corporate governance; (b) comparative capitalism (CC); and (c) global political economy (GPE).
Poin Alami & Dixon adalah ketiga-tiga genre ini ada beberapa limitasi: (a) mencirikan “state capitalisme” terlalu ketat dan tidak dinamik (Ideal Types ala Weber); (b) terikat dengan masalah “methodological nationalism” yang menghadkan fenomena “state capitalisme” pada faktor nasional/domestik semata-mata; dan (c) tidak mendatangkan penjelasan yang memuaskan di peringkat “agregat”, iaitu kenapa jadi trend sekarang?
Mereka juga kata perbincangan dari genre-genre ini tidak juga ambil kira isu-isu tentang (a) soal kelas dan siapa yang mendapat manfaat laba; (2) isu kapitalisme monopoli dan kaitannya dengan negara; (c) keagresifan negara dalam bentuk ideologi atau geopolitik (authoritarian statism).
Alami & Dixon membangunkan idea ini dengan lebih jelas dalam bukunya, sekaligus menyediakan suatu “Research Agenda” untuk pengkaji “State Capitalism” global. Pendekatan mereka menekankan soal hubungkait faktor “global” dan “lokal”, berpaksikan premis bahawasanya pembangunan kapitalisme tidak sekata (uneven) dan tergabung (combined) di tempat masing-masing.
Jadinya, Malaysia gi mana?


Comments