ππππππ ππππ πππππ ππππ: πππππππ π "ππππ ππππ: π πππ π" ππππ π ππππππ πππππ
- Imran Rasid
- Aug 4, 2025
- 2 min read

(Hantaran di FB bertarikh 10 Januari 2025)
Saya memulai tahun 2025 ini dengan menghabiskan bacaan dua buah buku. Buku pertama adalah buku terjemahan Ali Shariati, βKesedaran Diri dan Kekeldaianβ (πΎβπ’π ππβπβπ π£π πΌπ π‘πβπππ) yang diterbitkan Lestari Hikmah.
Buku kedua adalah buku biografi βKarl Marx: A Lifeβ yang ditulis oleh Francis Wheen. Biografi Karl Marx ini juga sebenarnya saya baca buat kali keduanya; kali pertama sewaktu belajar di βUndergraduateβ dahulu (10 tahun yang lalu).
Secara umumnya sudah banyak buku-buku tentang riwayat hidup Karl Marx di pasaran. Bahkan, sejak tahun 2018 (ulangtahun ke-200 kelahiran Karl Marx), semakin banyak buku baru yang membahaskan hal ini.
Antara yang baru muncul: βπΎπππ ππππ₯ πππ π‘βπ π΅πππ‘β ππ ππππππ ππππππ‘π¦: πβπ πΏπππ ππ ππππ₯ πππ π‘βπ π·ππ£ππππππππ‘ ππ π»ππ ππππβ (Michael Heinrich), βπΎπππ ππππ₯: πΊππππ‘πππ π πππ πΌπππ’π πππβ (Gareth Stedman Jones), dan βπ΄ πππππ π‘π πππ: πβπ πΏπππ πππ πππππ ππ πΎπππ ππππ₯β (Sven-Eric Liedman).
Tiap biografi ada fokus dan perincian tersendiri.
Pun demikian, bagi saya dua buku biografi Karl Marx yang paling mengesankan: βπΏππ£π πππ πΆππππ‘ππ: πΎπππ πππ π½ππππ¦ ππππ₯ πππ π‘βπ π΅πππ‘β ππ π π ππ£πππ’π‘πππβ (Mary Gabriel), dan tentunya, buku tulisan Francis Wheen itu sendiri.
Kedua-dua biografi ini tidaklah sempurna. Tapi bezanya dengan sebahagian besar biografi lain adalah tumpuannya pada pengalaman hidup Karl Marx sebagai seorang manusia, sebagai seorang pelarian intelektual yang terpaksa hidup dalam keadaan yang miskin di Brussels, Paris, dan akhirnya di London!
Buku Francish Wheen sarat dengan anekdot-anekdot lucu, selain daripada jerih perih Marx sekeluarga cuba melangsung kehidupan di tengah-tengah kemiskinan kota. Cerita suka duka yang biasa diluahkan mereka melalui pucuk-pucuk surat digarap dengan baik oleh Wheen menggambarkan perasaan dan kegelisahan mereka.
Buku βLove and Capitalβ (Mary Gabriel) pula saya suka kerana ianya memberikan fokus kepada Jenny, isteri Marx yang berperanan besar dalam sisi hidup mereka sekeluarga. Berbeza dengan kebanyakan biografi lain yang sering menggambarkan Jenny sebagai watak sampingan, Gabriel meletakkan sisi pandang, keluh kesah, dan gerak kerja Jenny, seiring dengan Marx, dalam menggerakan idea-idea mereka.
Tanpa Jenny, maka Marx sendiri tidak akan dapat menulis dan bergiat seperti mana yang kita fahami hari ini!
Saya membaca buku Mary Gabriel ini sewaktu tahun tiga pengajian sarjana muda (2015), dan apabila tiba di Malaysia tahun berikutnya, saya membeli tiga salinan buku tersebut (kurang RM15 sebuah) di Amcorp Mall untuk dihadiahkan kepada kawan-kawan.
Begitulah terujanya saya pada buku tersebut.
Saya gemar membaca buku-buku biografi yang menumpukan kisah-kisah manusiawi mereka sebagai teladan, dan juga sumber inspirasi. Mereka bukan sakral, atau βsuperhumanβ. Sebaliknya, mereka juga bergelut dengan pelbagai kegelisahan yang kita sendiri mungkin pernah alami sendiri.
Tiada manusia yang sempurna. Tetapi kecekalan dalam mendepani kesusahan itulah yang membezakan mereka daripada sebahagian besar yang lain.
Sebahagian besar daripada mereka punyai iltizam, semangat juang, dan cita-cita yang tinggi. Aspek-aspek ini saya cuba kutip sebagai pedoman untuk menghadap hari-hari mendatang. Terutamanya hidup di Turkiye yang serba mencabar ini


Comments