top of page

#3DS: 𝘚𝘺𝘦π˜₯ 𝘏𝘢𝘴𝘴𝘦π˜ͺ𝘯 𝘈𝘭𝘒𝘡𝘒𝘴. π˜›π˜©π˜¦π˜°π˜³π˜¦π˜΅π˜ͺ𝘀𝘒𝘭 𝘒𝘴𝘱𝘦𝘀𝘡𝘴 𝘰𝘧 𝘚𝘰𝘢𝘡𝘩𝘦𝘒𝘴𝘡 𝘈𝘴π˜ͺ𝘒𝘯 𝘩π˜ͺ𝘴𝘡𝘰𝘳𝘺.

  • Writer: Imran Rasid
    Imran Rasid
  • Aug 4, 2025
  • 2 min read


π“πˆπ†π€ πƒπˆπ’πŠπ”π’πˆ π’π„πŒπˆππ†π†π” (#πŸ‘πƒπ’): π’π˜π„πƒ π‡π”π’π’π„πˆπ 𝐀𝐋𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐁𝐀𝐓 π“π„πŽπ‘π„π“πˆπŠπ€π‹ πƒπ€π‹π€πŒ 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇 (𝐁𝐇𝐆 𝟏)



𝘚𝘺𝘦π˜₯ 𝘏𝘢𝘴𝘴𝘦π˜ͺ𝘯 𝘈𝘭𝘒𝘡𝘒𝘴. π˜›π˜©π˜¦π˜°π˜³π˜¦π˜΅π˜ͺ𝘀𝘒𝘭 𝘒𝘴𝘱𝘦𝘀𝘡𝘴 𝘰𝘧 𝘚𝘰𝘢𝘡𝘩𝘦𝘒𝘴𝘡 𝘈𝘴π˜ͺ𝘒𝘯 𝘩π˜ͺ𝘴𝘡𝘰𝘳𝘺. 𝘈𝘴π˜ͺ𝘒𝘯 𝘴𝘡𝘢π˜₯π˜ͺ𝘦𝘴 2 (𝘈𝘢𝘨. 1964), 247-260


Syed Hussein Alatas punyai banyak tulisan. Kesemuanya membawakan idea-idea yang menarik dan penting untuk dibahaskan.


Tulisan beliau ini, β€œπ‘‡β„Žπ‘’π‘œπ‘Ÿπ‘’π‘‘π‘–π‘π‘Žπ‘™ 𝐴𝑠𝑝𝑒𝑐𝑑𝑠 π‘œπ‘“ π‘†π‘œπ‘’π‘‘β„Žπ‘’π‘Žπ‘ π‘‘ π΄π‘ π‘–π‘Žπ‘› π»π‘–π‘ π‘‘π‘œπ‘Ÿπ‘¦β€(1964) barangkali antara tulisan beliau yang penting dan kritis, namun jarang dibahas khalayak umum (termasuk pelajar Sejarah sendiri).


Saya membaca esei sekurang-kurangnya sudah tiga kali. Kali pertama sewaktu menulis tugasan kerja di Universiti Malaya (UM). Keduanya, sewaktu membentang idea esei ini di pertemuan berkala Finding Malaysia Reading Seminar di UM, dan kali ketiga pada tahun lalu (2024), sewaktu membahaskan esei ini dalam sebuah β€œReading Group” bersama teman-teman.


Tulisan Alatas ini adalah respons kepada tulisan (dan syarahan) John Bastin, β€œπ‘Šπ‘’π‘ π‘‘π‘’π‘Ÿπ‘› πΈπ‘™π‘’π‘šπ‘’π‘›π‘‘π‘  𝑖𝑛 π‘€π‘œπ‘‘π‘’π‘Ÿπ‘› π‘†π‘œπ‘’π‘‘β„Žπ‘’π‘Žπ‘ π‘‘ π΄π‘ π‘–π‘Žπ‘› π»π‘–π‘ π‘‘π‘œπ‘Ÿπ‘¦β€ di UM pada tahun 1960. Syarahan John Bastin ini sebenarnya adalah respons kepada seruan Prof. Tregonning yang menyeru kepada β€œMalaya-centric history” (1958). Polemik β€œlocal-centric” dalam penulisan sejarah ini menjemput pelbagai respons daripada ramai sarjana, termasuk W. F. Wertheim,P. Singhal, John WR Smail, termasuk juga Alatas.


Ringkasnya, Bastin berpandangan bahawa β€œSejarah” dari sudut pandang masyarakat tempatan Asia Tenggara, adalah perkara yang mustahil. Sejarawan Barat yang mengkaji sejarah Asia Tenggara akan senantiasa β€œterikat” dengan cara fikir Barat, manakala sejarawan tempatan pula hampir kesemuanya dilatih di Barat dan banyak bergantung pada sumber-sumber primer Barat.


Di tengah-tengah suasana polemik ini, tulisan Alatas juga muncul sebagai salah satu intervensi. Kritikan Alatas pada Bastin tertumpu kepada beberapa aspek, terutamanya kekeliruan Bastin yang mencampur adukkan beberapa isu yang sebenarnya berbeza: (a) propagandis vs sejarah dari sudut tempatan; (b) Penjelasan vs Tafsiran; (c.) penghujahan filsafi dan persoalan metodologi.


Dengan memahami perbezaan antara dua sisi dalam hal-hal ini, barulah kita dapat memahami bahagaimana sejarah bukan sahaja boleh dan harus juga ditulis dari β€œperspektif” tempatan, bahkan ianya boleh berlangsung walaupun mengguna sumber-sumber dari Barat.


Penulisan sejarah yang baik adalah penulisan yang mengambil kira baik perspektif Barat DAN Tempatan dalam menggarap apa yang berlaku pada suatu kejadian.


Tentunya, debat yang berlansung pada waktu itu bukan unik di Malaysia saja. Di peringkat global, debat historiografi turut tercetus di Barat dan negara-negara Timur yang lain. Di Asia Tenggara, beberapa esei Reynaldo Ileto sangat menarik dalam menggarap isu-isu yang didebatkan sekita 70an dan 80an

Recent Posts

See All
Ramadan dan Memperingati Golongan yang Kebuluran

(Pautan asal di sini ) Kini sudah menjelang beberapa minggu kita menyambut bulan Ramadan (1444 Hijrah). Lazimnya, umat Islam pada waktu ini akan menumpukan kegiatan harian mereka dengan berpuasa dan b

Β 
Β 
Β 

Comments


bottom of page